| Sejarah KDU |
|
Kolej KDU diasaskan pada tahun 1983 dengan lokasi utamanya bertapak di Petaling Jaya. Penubuhan kampus ini telah menjadikan KDU menjadi salah satu kolej swasta pertama di Malaysia yang mempunyai kampus dibina khasnya untuk tujuan pendidikan. Atas syarahan Polisi Pendidikan Nasional, Kolej KDU ditubuhkan bagi memenuhi keperluan negara untuk menwujudkan peluang pendidikan tinggi yang lebih menyeluruh kepada anak-anak negara. Ini selanjutnya memanfaatkan anak-anak Malaysia kerana berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam program akademik, professional, vokasional dan teknikal yang berkualiti dengan pengiktirafan antarabangsa. KDU juga merupakan perintis untuk Program Pertukaran Universiti di Amerika (ADP) dan pada tahun 1987, Program Ijazah secara kerjasama British diperkenalkan di KDU. Kolej KDU Pulau Pinang dengan rasminya mendaftar kumpulan pelajar pertamanya pada tahun 1991. Sejak itu, Kolej KDU telah berkembang dengan maju. Kini Kolej KDU dengan kampus sendirinya di Jala Anson mempunyai lebih dari 2,500 pelajar dari Wilayah Utara Malaysia dan dari luar negara seperti Thailand, Indonesia, Korea, China, Mongolia, Jepun dan Eropah. KDU telah mengevolusi dan menjadi satu institusi pengajian tinggi yang terkemuka dalam penawaran kursus yang menepati kehendak insdustri terkini. Program-program KDU merangkumi pengkhususan bertaraf Sijil, Diploma, Ijazah dan Post Graduan. Kursus Sijil dan Diploma dibangunkan secara dalaman manakala kursus Ijazah dan Pos Graduan dikendalikan dengan kerjasama universiti dari luar negara yang bertaraf tinggi. KDU berbangga dengan bilangan alumninya yang mencecah 45,000 graduan. Ramai diantaranya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di serata dunia dan muncul sebagai pelajar terbaik serta berjaya di alam kerjaya yang mereka ceburi. Kualiti akademik KDU yang tinggi sering mendapat pengiktirafan dari majikan yang terdiri dari kalangan industri yang pelbagai dan universiti dari serantau dunia. Meneruskan tradisi kecemerlangannya, Kolej KDU telah memulakan Inisiatif Projek Smart bernilai RM10 juta. Projek tersebut bertujuan untuk memastikan KDU sentiasa terus maju dengan pengaplikasian teknologi informasi bertujuan untuk penyelidikan dan pengajaran. Dengan kemajuan pesat dalam sistem dan teknologi informasi, Kolej KDU amat mementingkan penekanan kepada bidang pembelajaran yang berpegang kepada satu definisi. Pengalaman pendidikan tinggi merupakan perkongsian antara pelajar dan pengajar serta institusi dan organisasi pelajar dan ibubapa sekalian. Dengan matlamat ini, Kolej KDU dengan utuhnya berkomitmen untuk terus membentuk gandingan "kerjasama" yang baik dengan pelajar bagi merealisasikani impian mereka & ibubapanya yang ingin memastikan pelaburan mereka ke atas anak-anak mereka direalisasikan dengan sebaik mungkin. Pada Oktober 2010, Kolej KDU Petaling Jaya telah dianugerahkan penaikan taraf ke status kolej universiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, dan diiktiraf sebagai KDU Universiti Kolej (KDU UC) sementara Kolej KDU Pulau Pinang kekal sebagai status kolej terkemuka. Kolej KDU Pulau Pinang merupakan salah anak syarikat kumpulan Paramount Corporation Berhad, satu syarikat awam yang disenaraikan dalam cabang hartanah yang berkhusus dalam Pembangunan Hartanah, Pelaburan Hartanah dan Pembinaan Harta. Cabang pendidikan Paramount terdiri daripada KDU Universiti Kolej (Damansara Jaya, Seksyen 13, Petaling Jaya dan Kampus Glenmarie), Kolej KDU Pulau Pinang, Pusat Pembangunan Pengurusan KDU (KMDC) dan Sekolah Sri KDU, sebuah Sekolah Pintar Premier peringkat rendah dan menengah. Tahun demi tahun, Bahagian Pendidikan KDU telah berkembang dengan komitmennya yang masih kebal iaitu: Untuk membina program pendidikan berkualiti, sama ada dari segi akademik atau kehidupan secara umumnya. KDU percaya bahawa seseorang itu harus belajar daripada individu yang lain dan menerima inspirasi dari pengalaman kehidupan seseorang. People Inspire People. Ini bukan kadar slogan KDU, malah ia merangkumi misi kolej untuk memberi pengalaman unggul dengan pembelajaran dalam persekitaran yang prihatin dan kondusif untuk merealisasikan potensi mereka sepenuhnya kearah menjadi individu yang berjaya dan relevan, dan berkebolehan untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat. KDU sedang membina sebuah masyarakat yang terdiri daripada individu dengan minda yang sama dalam perkongsian visi di dalam bidang yang diceburi demi mencapai kecemerlangan tanpa kompromi dari segi kualiti. Dengan ini KDU telah berkembang bersama dengan pihak pelabur yang utama – pelajar, rakan kongsi dan komuniti. Oleh itu marilah bersama-sama menyokong hasrat kami di KDU untuk memberi inspirasi kepada orang ramai ke arah mencapai kecemerlangan. |
|
VISION The premier learning organisation that sparks curiosity, inspires success and promotes responsibility.
|
| Read more... |