Tabung Pendidikan & Diskaun adik-beradik
AddThis Social Bookmark Button

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN)

PTPTN memberi pinjaman pendidikan bagi pelajar- pelajar institusi pengajian tinggi tempatan yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah pertama.

Sila hubungi

 

:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia

Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights,

50490 Kuala Lumpur

Hotline: 03-2092 7788

Laman web

:

www.ptptn.gov.my

Tarikh tutup

:

Sila hubungi Pejabat Rekod Pelajar (SRO) untuk tarikh tutup permohonan. 

 

Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk Pembiayaan Pendidikan

Skim ini membolehkan ahli KWSP mengeluarkan wang dari Akaun II untuk pembayaran yuran anaknya atau untuk diri sendiri dengan tujuan melanjutkan pelajaran di institusi di dalam atau luar negara.

Sila Hubungi

:

Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

Faks

:

03-2694 8433

Laman Web

:

www.kwsp.gov.my

 

 

Pinjaman MARA

Pinjaman pendidikan ini ditawarkan untuk pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutamanya mereka yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Sila hubungi: www.mara.gov.my/penganjuran_pend

 

ECM Libra

Jumlah Penganugerahkan

:

Merangkumi jumlah yuran pengajian penuh dan kos perbelanjaan sara diri 

Proses permohonan

:

Muat turun Borang Permohonan dari www.ecmlibrafoundation.com

Isikan Borang Permohonan dengan lengkap bersama segala dokumen yang diperlukan dan hantarkan ke alamat berikut

Sila hubungi

:

ECM Libra Foundation

2nd Floor, West Wing

Bangunan ECM Libra 8, Jalan Damansara Endah, Damansara Heights

Tel: 03-2178 1888

Fax: 03-2131 08818

Email: groupcomm@ecmlibra.com

Tarikh tutup

:

Penyerahan hendaklah dibuat sebaik sahaja kelulusan kemasukan diterima dari pihak kolej atau university tempatan yang dibenarkan atau sila hubungi pihak ECM Libra Foundation.

 

OKU (Orang Kelainan Upaya)

Peruntukan sebanyak RM300 sebulan (Program Diploma & Ijazah). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kementerian di alamat web www.mohe.gov.my



DISKAUN ADIK-BERADIK

Permohonan boleh dibuat bagi program Pra-Universiti, Sijil, Diploma dan Ijazah KDU

 

Diskaun 10% untuk yuran pengajian diberikan untuk adik kedua dalam keluarga jika terdapat adik-beradik pertama yang telah tamat pengajian atau sedang menjalani program melebihi satu tahun di Kolej KDU.

 

Diskaun 40% untuk yuran pengajian diberikan untuk adik ketiga dalam keluarga jika terdapat adik-beradik pertama dan kedua yang telah tamat pengajian atau sedang menjalani program melebihi satu tahun di Kolej KDU.

 

Diskaun Keluarga Terdekat

Diskaun 5% untuk yuran pengajian diberikan untuk megikuti program yang melebihi satu tahun kepada:

  • Anak-anak Bekas Pelajar KDU
  • Ibubapa pelajar KDU semasa/sebelumnya yang ingin mengikuti kursus di Kolej

 

Pembayaran Yuran Program Penuh

Diskaun 5% untuk yuran pengajian diberikan jika pembayaran penuh dibuat untuk yuran program yang melebihi satu tahun.


 

DISKAUN ALUMNI

Diskaun 15% untuk yuran pengajian diberikan untuk ahli Alumni KDU yang telah bergraduat melebihi satu tahun dari Kolej KDU dan bercadang mengikuti program KDU lanjutan yang melebihi satu tahun


Diskaun Alumni SriKDU

Untuk permohonan termasuk program KDU Pra-Universiti, Sijil, Diploma dan Ijazah

Kriteria: Bagi pelajar terusan dari Sri KDU sahaja

  • Layak untuk 30% diskaun bagi yuran pengajian program tersebut


Pelajar Lama

Pelajar KDU lama yang telah tamat program Pra-Universiti / Kursus Asasi /Diploma /Ijazah dan ingin mendaftar untuk program Ijazah di Kolej KDU akan mendapat diskaun 15% dari yuran pengajian untuk keseluruhan program pengajian

 

DISKAUN KAKITANGAN

Kakitangan Bahagian Pendidikan KDU serta Kumpulan PCB layak untuk menikmati 50% diskaun bagi yuran pengajian KDU mereka. Diskaun 10% - 40% akan diberi kepada pasangan pekerja/anak-anak/abang/kakak yang mendaftar bagi program Pra-Universiti / Sijil/Diploma/ Ijazah/ Sarjana KDU.


 

Last Updated on Tuesday, 07 August 2012 10:47